Tuesday, 9 October 2012

TERIMA KASIH KAK EKIN, JASAMU DIKENANG...

     

      



      Pada 27 September, satu majlis perpisahan untuk Puan Nurul Ashikin telah diadakan. Puan Nurul Ashikin ataupun lebih mesra dipanggil Kak ekin bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di sekolah ini hampir 2 tahun bermula Januari 2011. Perpindahannya ke Melaka adalah kerana mengikut suaminya yang berpindah ke sana. Sesungguhnya perpindahannya merupakan satu kehilangan besar kepada warga PPKI Smk Taman Johor Jaya 2 kerana Kak Ekin merupakan seorang yang amat komited, mesra,amanah dan rajin dalam melaksanakan setiap tugasannya. Yang pasti , perpindahannya pasti akan meninggalkan kesan kepada setiap warga PPKI baik guru,rakan sekerja mahupun murid-murid PPKI.Ucapan JUTAAN TERIMA KASIH buat kak ekin daripada seluruh warga PPKI. JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG. Selamat Bertugas di tempat baru KAK EKIN....



"WALAU SIAPA ATAU DIMANAPUN KITA BERADA, TUGAS DAN AMANAH YANG DIBERI PERLU DILAKSANA SEBAIKNYA."
                                                                                        (Pesanan Kak EKin buat semua warga PPKI)