Program PPKI

 

 

PROGRAM PPKI TAHUN 2013

FEBRUARI
Minggu Pengurusan Diri

Aktiviti menggosok gigi






 Aktiviti mencuci muka


Aktiviti memakai minyak rambut

 Aktiviti memakai tudung

 Aktiviti medandan rambut

 Aktiviti memakai tali leher

Aktiviti memotong kuku

 

 Aktiviti menyikat rambut

 Latihan penilaian
JANUARI
Program menceriakan Laman Pendidikan Khas














 Menceriakan gelanggang Petanque






PROGRAM PPKI TAHUN 2012

November

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN KHAS 2013

MALAYSIA- INDONESIA

TARIKH: 7/11- 11/11/2012
KERJASAMA ANTARA UNIT PENDIDIKAN KHAS SMKTJJ2 DENGAN JPN JOHOR

7/11/2013
3.00 pagi- Menunggu penerbangan ke Jakarta di LAPANGAN TERBANG CHANGI, SINGAPURA

 

"WELCOME TO INDONESIA"

9.00 pagi- Tiba di LAPANGAN TERBANG SOEKARNO-HATTA, JAKARTA

8/11/2013
8.00 pagi - Melawat  SEKOLAH PENDIDIKAN LUAR BIASA-CIPAGANTI Cawangan Bandung.


3.00 petang-Riang ria  di TRANS STUDIO MALL, BANDUNG


7.00 malam- MAKAN "time"


9/11/2012
9.00 pagi- Menikmati keindahan alam di TANGKUBAN PARAHU


7.00 malam- MAKAN "time"


10/11/2013

9.00 pagi- Membeli ole-ole di KARTIKA SARI dan bertolak ke JAKARTA

.



10 malam- Menunggu penerbangan balik ke Malaysia di LAPANGAN TERBANG SOEKARNO-     HATTA (Jakarta)












Oktober 2012
JAMUAN  AKHIR TAHUN PPKI 2012

 Bakar-bakar....



 MC  tetap sepanjang Tahun- Pn Rohaya
 Bacaan doa oleh Ustaz Rosman
 Penyampaian hadiah oleh Penolong Kanan P.Khas, Pn Rohani

 Sambutan Hari Lahir
 Jamuan VIP

 makan" TIME".....


September 2012

KEM MOTIVASI & KEPIMPINAN MURID BERKEPERLUAN KHAS & PEMULIHAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012.


   
     Pada 28 September hingga 1 Oktober 2012 , empat orang murid PPKI Smk Taman Johor Jaya 2 telah mengikuti Kem Motivasi & Kepimpinan Murid yang diadakan bertempat di Permata Resort Camp, Kampung Air Paabas, Alor Gajah, Melaka. Kem selama 4 hari ini disertai oleh adik Mohamad Nadhir, adik Mohamamad Azmil, adik Mohamad Faiz dan adik Tan Kai Qing dengan diiringi oleh Cikgu Mohamad Faizal.

     Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kem ini berlangsung ialah Mencipta nama, logo dan bendera kumpulan, Lawatan sambil belajar, Flying fox, Kawad dan Persembahan malam kebudayaan. Kontinjen Johor telah mendapat tempat ketiga dalam persembahan malam kebudayaan yang disertai oleh 13 kontijen daripada seluruh negeri di Malaysia.












 

MAJLIS PERPISAHAN KAK EKIN (PPM) 

 

Pada 27 September telah diadakan satu majlis perpisahan untuk mengenang jasa Kak Ekin sepanjang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Smk Taman Johor Jaya 2 selama hampir 2 tahun..Terima Kasih kak Ekin atas segala jasa dan budi yang ditaburkan!

 Julai 2012

PERASMIAN TAGLINE PENDIDIKAN KHAS

 "WE CARE WE SHARE"


Pada 23 Julai 2012 telah diadakan majlis perasmian tagline PPKI , seiring dengan pelancaran tagline sekolah iaitu  " We Beat , We Lead" yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua sebelum ini.


Pemilihan tagline "We Care We Share"  bertujuan untuk menyemai rasa kasih dan sayang bukan sahaja di kalangan pendidik dan pelajar pendidikan khas malahan dikalangan guru- guru dan pelajar-pelajar lain.


Tentatif program perasmian ini dimulakan dengan penerangan daripada pengerusi majlis iaitu  cikgu Mohd Faizal berkaitan dengan tagline yang dipilih. 


Programditeruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Tuan Haji Rosland Bin Mohd Yusof, Tuan Pengetua SMKTJJ2.

 
Sebagai gimik perasmian, seekor burung merpati putih dilepaskan daripada sangkar ke udara oleh tuan pengetua.




Majlis perasmian diakhiri dengan persembahan koir oleh murid- murid pendidikan khas dengan lagu bertajuk "Guruku Tersayang".  








 

 

 

 

Tahniah kepada semua murid dan guru pendidikan khas SMK TJJ2 yang menjayakan program pelancaran tagline  PPKI "We Care We Share".

 

PROGRAM LAWATAN SOSIAL KE PDK DUN JOHOR JAYA



Pada hari Khamis bersamaan 21 Jun 2012, telah berlangsung Program lawatan sosial ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti(PDK). Program ini merupakan satu program berbentuk motivasi bagi mensosialisasikan guru dan pelajar pendidikan khas dengan pelbagai suasana di dalam PDK itu sendiri.

 Ia dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada guru dan pelajar menambah ilmu pengetahuan dan mewujudkan interaksi serta kolaborasi diantara guru dan pelajar sekolah dengan warga PDK melalui program dijalankan. Program ini bermula seawal 7.30 pagi di mana taklimat program diadakan dan pelajar bersarapan pagi.

Kemudiannya pada pukul 8.00 pagi semua guru dan pelajar yang dibahagikan mengikut kumpulan berjalan kaki menuju ke PDK yang terletak tidak jauh daripada  kawasan sekolah. Sesampainya di PDK, sesi beramah mesra dengan warga PDK diadakan.

Seterusnya aktiviti sukaneka yang mengabungkan pelajar pendidikan khas dan pelatih PDK dijalankan. Antara aktiviti sukaneka yang diadakan ialah Tiup tepung cari gula- gula, Bawa bola ping pong dalam sudu, Cari harta karun dan Susun puzzle. 

Yang pasti, kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar pendidikan khas  dan pelatih PDK menerusi aktiviti sukaneka yang disertai mereka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengetua SMK TJJ2,Tuan Haji Rosland bin Yusof dan isteri kepada YB Tan Cher Puk, Puan Lim Bee Lan selaku penaung PDK diatas sokongan dan masa yang diluangkan bagi memeriahkan lagi acara penyampaian hadiah dan program yang diadakan.

Program Lawatan sosial ke PDK ini diakhiri dengan Persembahan Tarian Buluh daripada pelajar pendidikan khas dan seterusnya jamuan makan tengahari.

 Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada warga PDK, Guru- guru ,PPM dan murid pendiddikan khas SMK TJJ2 diatas komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini . Terima kasih semua !!

 

 

PERTANDINGAN MEMASAK PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT  DAERAH PASIR GUDANG 2012

Pada 21 Jun 2012, bertempat di SMK Seri Alam, telah diadakan Pertandingan Memasak bagi murid Pendidikan Khas peringkat daerah pasir gudang. Dalam pertandingan ini, adik Mohamad Azmil  dan Adik Siti Fazira yang mewakili PPKI SMK TJJ2 telah mendapat Naib Johan.Tahniah diucapkan! Berikut ialah detik- detik menarik yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan dijalankan.


 


 

 

 

PROGRAM SAMBUTAN HARI JADI

      Jun 2012-  Program sambutan hari jadi ini merupakan acara wajib yang diadakan dua kali dalam setahun bertujuan untuk meraikan guru dan pelajar PPKI yang menyambut ulang tahun kelahiran . Sambutan harijadi pada bulan Jun ini khusus diadakan untuk meraikan guru dan pelajar PPKI yang mana tarikh kelahirannya jatuh pada bulan januari sehinggalah bulan Jun. 


SELAMAT HARI JADI SEMUA GURU DAN PELAJAR PPKI.
SEMOGA PANJANG UMUR................. 





 

 

 

PROGRAM BELAJAR MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM


Guru mengagihkan duit tambang kepada pelajar-pelajar PPKI
Bas yang ditunggu dah sampai....


 



Tuggu giliran.....jangan potong barisan tau..


Saya dah naik....

Jangan lupa bayar tambang..

Tempat duduk dah penuh, kenalah berdiri...

Seronoknya dapat naik bas....

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN


 

 

Pada 23 Mei sehinggga 25 Mei  2012 telah diadakan Program Pasca Peperiksaan bagi murid- murid PPKI. Program yang berlangsung selama 5 hari ini bertujuan untuk memenuhi kurikulum sosial dan rekreasi pelajar pendidikan khas.

Selain itu,ia juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengaplikasikan pembelajaran sama ada di dalam atau diluar bilik darjah serta meningkatkan kemahiran sosialisasi pelajar.





Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya, Pertandingan Futsal, Program "We Care We Share"(sambutan harijadi), Pertandingan Sukan Rakyat seperti Ting- Ting, Lompat Getah, Baling Botol, Baju Recycle dan PK Got Talent.



Kesimpulannya melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini,pelbagai kebolehan dan  kreativiti pelajar yang selama ini terpendam dapat dicungkil . Tahniah diucapkan kepada semua guru, PPM dan murid yang terlibat menjayakan program ini!

 

 

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MEI 2012.


Pelajar tekun menjawab soalan .....






PROGRAM SEMARAK ISLAM





Pada 25 April 2012, Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang telah diadakan bertempat di SMK Kota Masai. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya pertandingan nasyid, hafazan, bercerita kisah nabi, azan,tilawah al-quran dan banyak lagi.

Murid- murid PPKI SMK TJJ2 telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita, azan, tilawah al-quran dan nasyid serta telah mendapat tempat dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Antaranya ,adik Nur Faatihin binti Ibrahim telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita kisah nabi bagi kategori bermasalah Pendengaran, adik Azarul Hafidz bin Tamyiz telah mendapat naib johan dalam pertandingan Azan. Manakala adik Mohammad Haziq  bin Latif telah mendapat naib johan dalam pertandingan hafazan, adik Mohd Rafiq bin Ab Rahman telah mendapat naib johan dalam  tilawah al-quran.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat. Tidak dilupakan sekalung penghargaan daripada warga PPKI SMKTJJ2 kepada semua guru yang tidak jemu- jemu mengerah keringat bagi melatih murid-murid untuk Program Semarak Islam ini. Tahniah diucapkan!

 

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2012



Dengan tema “ WE SHARE WE CARE” , Minggu pendidikan Khas 2012 telah berlangsung dengan jayanya bermula daripada 16 April sehingga 19 April 2012. Program ini merupakan satu program berbentuk motivasi dalam usaha mensosialisasikan pelajar pendidikan khas dengan pelbagai suasana dan realiti kehidupan sebenar.  

Antara tujuan perlaksanaan  program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar menambah ilmu pengetahuan, penyesuaian diri dan mengasah bakat serta kemahiran bagi berhadapan dengan masyarakat. 

Pelbagai aktiviti yang  telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung iaitu:
1) Kem Pengurusan Diri










2)Pertandingan Sukaneka  diantara murid PPKI SMK TJJ2




3) Pameran  dan jualan produk hasil kerja tangan murid PPKI 


4)Demonstari mewarna batik yang diadakan oleh  murid . 
  

Pada penutupan MPK 2012 diadakan acara kemuncak iaitu Pertandingan Cake Deco dan peranggu meja serta Pertandingan mewarna blok 1 Malaysia yang turut disertai oleh murid – murid PPKI daripada sekolah disekitar daerah pasir gudang.


Kilk Galeri Album  aksi menarik yang dirakam sepanjang majlis berlangsung.


 

LAWATAN SOSIAL KE RUMAH MURID



Lawatan sosial ke rumah murid, Yong Jia Xiong.




Lawatan sosial ke rumah murid yang diadakan dari semasa ke semasa  ini merupakan rutin kebiasaan yang dijalankan oleh para guru  PPKI SMK Taman Johor Jaya 2 dari semasa ke semasa. Lawatan ini bukan sahaja sebagai tuntutan sosial guru  kepada kebajikan anak didiknya  diluar kawasan sekolah tetapi juga merupakan wadah terbaik untuk guru dan ibu bapa membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh murid bekeperluan khas  dan secara tidak langsung peka terhadap komuniti setempat.



PROGRAM GOTONG ROYONG




Pepatah melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”mungkin tepat untuk mengambarkan betapa kerjasama diantara murid dan para guru PPKI , mampu berlangsung dengan jayanya biarpun jumlah tenaganya hanya sekelumit sahaja . Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang kerja- kerja membersih dan menceriakan stor pertanian dan stor bilik seni  PPKI dijalankan. Yang pasti pelbagai keringat yang dicurahkan berbaloi apabila melihat hasil diakhirnya. Terima kasih buat semua guru dan murid PPKI SMK Taman Johor Jaya 2. untuk lebih aksi dan berita klik  pada Galeri Album

 

PROGRAM BOLING



Program ini merupakan salah satu daripada program sepanjang tahun  PPKI.  Ianya diadakan sebulan sekali pada setiap hari Selasa bertempat di  pusat boling Daiman Bowl. Antara objektif program ini ialah untuk mendedahkan murid kepada suasana pembelajaran diluar kelas dan memberikan kemahiran psikomotor kepada murid bekeperluan khas. Program ini melibatkan semua murid PPKI Sekolah Menengah Taman Johor Jaya 2. Klik pada Galeri Album untuk melihat lebih banyak aksi sepanjang program ini dilangsungkan.





 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL






Program ini merupakan program tahunan yang diadakan oleh SMK Taman Johor Jaya 2. Murid dan Guru PPKI juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul ini dengan menyertai perarakan yang diadakan disekitar  Taman Johor Jaya 2,Jalan Teratai 32 dengan diiringi selawat ke atas  nabi junjungan mulia,  Nabi Muhammad S.A.W.




No comments:

Post a Comment