Thursday, 1 March 2012

KPI PENDIDIKAN KHAS SMK TAMAN JOHOR JAYA 2


KPI Pendidikan Khas dinilai berdasarkan kemenjadian murid yang melibatkan
 5 aspek iaitu:
1.    Pengurusan Diri- melibatkan pelajar tahap rendah untuk mengurus diri.

2.    Pengurusan Tingkah laku- melibatkan pelajar tahap rendah untuk mengurus tingkah laku.

3.    Akademik- melibatkan pelajar yang mampu mengikuti mata pelajaran aliran perdana yang mana memadai lulus subjek dalam mata pelajaran yang diambil

4.    Kokurikulum- melibatkan pelajar yang mempunyai bakat dalam sukan yang mewakili sekolah, daerah dan negeri.

5.    Kerjaya- melibatkan pelajar yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran seperti pertukangan, masakan, jahitan dan pertanian.
*Program kerjaya akan melibatkan kerjasama pihak NGO dan Jabatan Kerajaan untuk menjalani latihan kerjaya.

VISI DAN MISI


                                                                        VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.