Tuesday, 9 October 2012

TERIMA KASIH KAK EKIN, JASAMU DIKENANG...

     

      



      Pada 27 September, satu majlis perpisahan untuk Puan Nurul Ashikin telah diadakan. Puan Nurul Ashikin ataupun lebih mesra dipanggil Kak ekin bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di sekolah ini hampir 2 tahun bermula Januari 2011. Perpindahannya ke Melaka adalah kerana mengikut suaminya yang berpindah ke sana. Sesungguhnya perpindahannya merupakan satu kehilangan besar kepada warga PPKI Smk Taman Johor Jaya 2 kerana Kak Ekin merupakan seorang yang amat komited, mesra,amanah dan rajin dalam melaksanakan setiap tugasannya. Yang pasti , perpindahannya pasti akan meninggalkan kesan kepada setiap warga PPKI baik guru,rakan sekerja mahupun murid-murid PPKI.Ucapan JUTAAN TERIMA KASIH buat kak ekin daripada seluruh warga PPKI. JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG. Selamat Bertugas di tempat baru KAK EKIN....



"WALAU SIAPA ATAU DIMANAPUN KITA BERADA, TUGAS DAN AMANAH YANG DIBERI PERLU DILAKSANA SEBAIKNYA."
                                                                                        (Pesanan Kak EKin buat semua warga PPKI)

Monday, 16 July 2012


Blinkie Text Generator at TextSpace.net

 Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

    SEGALA IDEA DAN KOMEN ANDA  UNTUK PENAMBAHBAIKAN BLOG AMAT DIALU-ALUKAN.......

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA SMK TJJ2 YANG BERAGAMA ISLAM.

Wednesday, 16 May 2012

LENCANA SEKOLAH DAN LOGO PPKI




LENCANA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 2





LOGO DAN MOTO PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK TAMAN JHOR JAYA 2


CARTA ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN KHAS SMK TAMAN JOHOR JAYA 2
2012



PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
PN ROHANI BINTI SULAIMAN

PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
ENCIK ROSMAN BIN MAMAT




SETAUSAHA
EN AZMAN BIN TAIB

BENDAHARI
PN SITI NORDIA BINTI RUSLI


PENYELARAS TINGKATAN
PN NORHANIM BINTI RMBAT


PEMBANTU PENYELARAS TINGKATAN
PN SUHAILA BINTI BASIR


GURU DATA
PN MUHILAVANI AP SUNDRA




GURU AKADEMIK 1
PN SITI FADHILAH BINTI SHAHBUDIN

GURU AKADEMIK 2
PN SYAMSIAH BINTI MOHAMED


GURU KOKURIKULUM
PN ROHAYA BINTI ITHNIN

GURU 5K
PN SITI NURASHIKIN BINTI RAZHALI


GURU EMK
PN HAFILAH ZATIL AMALI BINTI AMAN


GURU DISIPLIN 1
EN AZMAN BIN TAIB


GURU DISIPLIN 2
PN HAFILAH ZATIL AMALI BINTI AMAN



Thursday, 1 March 2012

KPI PENDIDIKAN KHAS SMK TAMAN JOHOR JAYA 2


KPI Pendidikan Khas dinilai berdasarkan kemenjadian murid yang melibatkan
 5 aspek iaitu:
1.    Pengurusan Diri- melibatkan pelajar tahap rendah untuk mengurus diri.

2.    Pengurusan Tingkah laku- melibatkan pelajar tahap rendah untuk mengurus tingkah laku.

3.    Akademik- melibatkan pelajar yang mampu mengikuti mata pelajaran aliran perdana yang mana memadai lulus subjek dalam mata pelajaran yang diambil

4.    Kokurikulum- melibatkan pelajar yang mempunyai bakat dalam sukan yang mewakili sekolah, daerah dan negeri.

5.    Kerjaya- melibatkan pelajar yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran seperti pertukangan, masakan, jahitan dan pertanian.
*Program kerjaya akan melibatkan kerjasama pihak NGO dan Jabatan Kerajaan untuk menjalani latihan kerjaya.

VISI DAN MISI


                                                                        VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Thursday, 23 February 2012

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS


Pn Rohani Sulaiman
PK PENDIDIKAN KHAS

Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMKTJJ2 telah dibuka pada Januari 1999 dengan jumlah murid seramai  5 orang  dan seorang guru. Kelas ini ditempatkan di blok C  dengan saiz kelas yang amat kecil namun dari tahun ke tahun kelas ini semakin  berkembang. Sehingga kini, jumlah pelajar telah meningkat seramai 92 orang dan 13 orang guru di bawah pimpinan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Puan Rohani Binti Sulaiman.